Sunday, October 11, 2009

selamat hari raya..rayakah?

Selamat hari raya yang ke 22 haribulan Syawal..
lambat dan ketinggalan kebelakang.malu sket emylia!
tahun ini ialah raya yang bosan.ye BOSAN oh sangat BOSAN.

Fakta 1: Baju raya kebaya biru masih belum dipakai!

Ye..sampai sekarang baju raya yang dibeli seminggu selepas berpuasa..ye sungguh cepat membeli akibat ghairah sangat..dan ia masih belom dipakai hingga kini! sungguh terkilan oh..

mengape tak pakai ha?
jawapannye ialah kerana tahun ini berhari raya di kampung di batu pahat iaitu kampung ayah.dan pada pikiran tidak perlu lah kot berpakaian kebaya nyonya bagai di batu pahat.sungguh berlawanan dengan pihak orang kampung nanti. jadi lupakan baju kebaya biru lalu bawa baju kurung pahang berwarna biru juga. ye..baju kurung pahang tak kurang hebatnya. kalo pakai kebaya nyonya nanti orang pandang sinis pula.mengapa kah ko berpakaian menjolok mata menampakkan dada dan pinggul? bahana saya untuk menjawab nanti.malu ibu dan bapa.

di kampungku kedua ialah di sungai sipot perak pula.tidak sempat berpakaian kebaya juga kerana cuma di sana satu malam sahaja. beraya pon tidak, apakan berbaju raya pula..masih pakai baju kurung biasa-biasa.kemudian pulang ke rumah masing-masing di sungai buloh.

baju kebaya biru masih belom lagi dipakai.sungguh suci, sungguh murni.

mungkin boleh dipakai bersama kekasih ketika beraya bersama?mungkinkah?mungkinkah?

Fakta 2: Dilanda Chicken Pork(pox)

ye mari menjawab persoalan diatas iaitu 'mungkin boleh dipakai bersama kekasih ketika beraya bersama?mungkinkah?mungkinkah?'

jawapan: TIDAK MUNGKIN

seminggu selepas hari raya, pada isnin, 28hb september 2009, saya kembali memulakan tugas di opis selepas seminggu cuti raya. namun begitu, badan terasa tidak sedap lalu saya pon pegi ke dokter.

hati kecil memang dah suspect diri sendiri kene chicken pox sbb anak buah saya iaitu farish baru sahaja sembuh dari penyakit chicken pox itu. ternyata suspicious ku itu benar belaka. namun begitu masih kelihatan tak mahu terima kenyataan lalu suruh dokter kasi mc 2 hari je,tgk2 dulu mane tau bukan chicken pox ke kan..sbb time tu baru ade 3 dots je kat leher..mane tau tu jerawat ke..kan..kan..jadi, dokter bagi la 2 hari mc..petang isnin tu juga, selepas ber YM dengan saudari WHY Rahman, dan menginterbiu serba sdikit mengenai chicken pox, saya pon terus pulang kerumah.

malam itu juga beberapa bintik-bintik noda sudah kelihatan. tak syak lagi saya kene chicken pox.terima kasih Farish. oh, kakak saya iaitu emak Farish juga terkena impak yang sama dari Farish. memang bertuah budak ini. terima kasih lagi sekali.

pada hari Rabu, dengan tiade segan silu dah, dengan muka busuk tak mandi pula tu, muka bercapuk-capuk dengan Calamine Lotion, saya pegi lagi kllinik panel. selepas diselidik, dokter beri cuti 9 hari! ye..9 hari lebih kurang 2 minggu saya cuti terlantar kesakitan dan kegatalan di rumah.

dan pada Hari Raya.
tiada lagi open house.
tiada beraya kesana kemari.
tiada beraya bersama kekasih.
tiada jumpa kekasih juga.
2 minggu sudah.
halahaii....

hari ni, hari ahad. esok isnin sudah mula kerja.masih belom baik sangat.dalam proses pengeringan dan pengguguran bintik-bintik gatal.muka parut2 halus.badan banyak.kaki tak brape. kepala tak banyak. yang banyak di belakang dan dihadapan badan dan di sekitar wajah. membekas dihati ku ohhh!

esok saya g klinik lagi.minta nasihat dokter.mane tahu dapat mc lagi ke..ahahha..

dan baju kebaya biru masih belom lagi dipakai.sungguh suci, sungguh murni.

emylia mesti tabah!

(^.^'')

maafkan oh!

hahha..eh..tajuk mintak maaf mane boleh dimulakan dgn gelak tawa.tak sirius nih.ok mule balik.


err..iskk..iskk..maaf oh..lame ni tak update.inilah yg dinamakan org nak ade blog ko pon nak juga.hahaha..kutuk diri sendiri.ye..maaf ni.malas tah ape tade mood nak update blog sendiri.alaa..bukan ade ramai follower pon.sape je nak bukak blog ni tah..
walopon ape pon..disebabkan hari ni mood baik dan belom mengantok lagi walopon dah jam 2.15pagi, saya akan membaik pulih blog nih.haha..macam biasa, dalam satu ari, saya akan update beberapa cerita dalam satu masa.masa ini lah.bukan esok atau lusa.

ok..akan mula dengan tajuk yang lain diatas..hahha..biarkan nampak macam banyak sikit.tolong jangan tgk time n date ok.buat2 tatau sahaja.terima kasih.

Monday, August 24, 2009

Selamat-selamat

Mohon maaf segala salah silap pertuturan, salah ejaan, makian, cacian dan segala yang buruk dari saya..Maaf oh!
Selamat berpuasa untuk semua Muslimin Muslimat
Moga Ramadhan ini diberkati Allah SWT
Jgn makan nasi tambah.kontrol sket perut anda!

Monday, August 17, 2009

Kerjaan Baharu

baharu ialah ejaan baharu untuk baru.saya baharu tahu.

Sudah masuk 6 bulan saya bekerja. masih tidak suka. Bukan tidak bersyukur, memang syukur sangat ni. Syukur Alhamdulillah saya dapat kerjaan selepas tamat pengajian. Tapi, kerja ini bukan kekuatan saya. Kerja ini melemahkan saya. Saya mahu demand. Baru nak demanding ni. Masa terima kerja tidak demand langsung. Kini telah demand. tapi gagal berbuat apa-apa. Saya seorang Graduan Ijazah Sarjana Muda, dan bekerja untuk jawatan Sijil Pelajaran Malaysia. Sudah tidak tahan lagi. Saya tidak perform apa-apa. Tiada apa yang saya belajar. None. Merasa seperti orang BODOH. Padahal saya sudah bodoh apabila menerima jawatan ini. Setiap hari datang ke tempat kerja untuk menunggu waktu pulang. hati sudah kosong. Mahu belajar pula rasanya. Part-time. Pengajian Separuh Masa. Yes! Akan ku usulkan pada ayah dan emak.
tapi!tapi!tapi! takkan mahu mengharapkan wang ibu bapa lagi? Mesti kerja untuk mendapatkan wang. Kerja ialah wang. Kini saya berkerja semata-mata dapatkan wang. Bukan kah sepatutnya bekerja untuk mendapatkan kemahiran?bekerja untuk mendapatkan pengetahuan? Sungguh merasa rendah diri kini. Jatuh kebawah.

Murahkan lah rezekiku Ya Allah...

Setiap hari akan melihat setiap jawatan kosong. Usaha lagi emylia!

mahu berkongsi link. Link ini sungguh berguna bagi yang mahu mencari kerja kosong. cuma anda harus join group saja. nanti emel akan masuk ke inbok anda.
http://groups.yahoo.com/group/mykerjaya/

kerja Gomen di sini, keje Private di sini.

Ucapkan terima kasih kepada blogger yang bagus iaitu MyAdha

mari datang wahai si kerjaan baharu..

Kawan untuk di Restore

ini saling berkaitan dengan entri ''Kawan untuk di Delete"

Saudara A telah memohon maaf. Lalu mahu merestore kembali talian persahabatan. I am cool man.. so I said "sure, no problem" dan diikuti dengan bebelan maut oleh saya. Diharap Saudara A tidak sewenang nya mendeletekan seorang sahabat. Tak larat mahu ulangi bebelan yang dilontarkan pada beliau. Harap beliau mendengar nasihat dan nulilan yang diberikan.

Yang sudah tu sudah la..

Tidak Bagus


ini merupakan entri mengumpat diri sendiri.

biar saya sendiri yang mulakan.ini kan blog saya.

heh.


ada seorang pemalas namanye emylia. beliau malas mahu update blog.bile org tegor baru terkial-kial nak update.apekah agaknya tujuan emylia menghasilkan blog jikalau beliau sendiri pemalas mengupdate blog beliau? nampak sangat beliau ni ikot trend semasa. mengikut trend anak muda. orang lain ada blog beliau pon mahu. tapi akhirnya sebulan sekali baru nak post entri? tidak bagus beliau ini. no good!


hari ini hari isnin. boss beliau tiada. dan hari ini tentunya akan menggunakan masa terluang yang terbentang ini untuk mengupdate blog yang sudah bersawang. berikan sokongan kepada beliau. hari ini beliau berazam mahu melakukan entri bertindih. iaitu menge'post' entri berbilang kisah. kisah emylia bukan kisah kaisara. yg lalu didulukan. selamat menjamu selera.

Thursday, July 23, 2009

Si Bayu Dibawah Negeri


Selamat Jalan.


Saya mahu bercuti-cuti.


Jumpa hari Selasa.

Tuesday, July 21, 2009

Block Blog Goblok

tadaa..lihat..saya boleh post blog dari opis.satu perkembangan yang bagus!kini opis tidak block lagi laman blog.

tapi tidak tahu sampai bile.mungkin esok, luse atau bulan depan dapat bertahan? nanti saye tanye abg unit IT.


tadi saya try bukak2 website ape tah.pastu kuar gambarajah.sungguh tenang kulihat gambarajah itu. tak jadi mahu memaki dek kerna gambarajah tersebut. kalo tak, tiap kali g jalan2 bukak website2 asek kluar 'this website has been blocked' keluaran Panda apetah..lalu disusuli makian dari mulut saya. tadi keluar gambarajah ini..dan tiada makian.hebat bukan? ini lah gambarajah nya:




dan diikuti oleh ini bile saya click kat details:


anda faham mengapa saya tak jadi maki apabila website diblock?

hahaa..saya menggemari gambarajah tersebut.lucu.anda rasa lucu tak?tak? ok..

mahu berjalan2 lihat gosip artis malaysia pule..ayuh! kalo kene block pon i tak kesahh...
saya sukaaa...

ehem: penguin itu haiwan yang menggamit selera! sungguh-sungguh merasa mahu picit pipi haiwan tersebut. menggeramkan!

Thursday, July 16, 2009

Kawan untuk di DELETE!

Saya ada seorang kawan..
Pernah ada agaknya kalau nak ikotkan.
die kate die taknak kawan dah ngan saya.
saya tanye 'dah kenape plak ko ni?'
die kate 'tahla..aku pun tatau la knape..tapi aku memang dah taknak ade ape2 lagi ngan kau'

'ape2 lagi' itu dari segi talian persahabatan ye.bukan talian percintaan.sumpah tak ade langsung.

cerita nya senang.

taktahu la kan.ni tafsiran saya. AGAKNYA sebab saya menolak pelawaan untuk lepak bersama. ade la beberapa kali kot. die ajak tgk wayang..'saya kate 'takmoh laa..nanti balik lambat..takmohh..' Dia ajak lepak pas keje..saya kate 'alaa..aku nak balik awal la arini..' Dia kate esok2 lagi..'weh..lame tak lepak ngn ko kot..jom ah..' pastu saya kate..'haa..ok la..jom..petang kang..' . kami berbincang mane nak lepak. last-last berebut tempat lepak. ber-argumen pasal tempat lepak. 'aku nak g ***', 'alahh..ngade la ko ni..jom la g ^^^^' ye..itu je perbalahan. saya taknak mengalah langsung. dia pon sama. last2 die kate 'dah kalo gini pon tak leh nak tolerate, next time jek la'. saya pon kate, 'ok fine, ___!'

tapi dah takde 'next time' dah.
takde dah.

marah betul rupenye die kat saya.
saya akhirnya dilayan di YM. kat opis die taknak layan saya langsung.
merajuk.
saya ingat leh la pujuk.
die marah.marah sangat.
tidak faham kenapa perlu marah sangat.
sampai nak putus kawan?
senang sgt tu!

dia kata, dah lama die rasa tak leh blah dah. (kecil hati)
'dah lama' die tu tak sampai 4 bulan kot saya kenal die. (sedey)

pendek kata, die dah tak nak kawan saya. senang betul men DELETE seorang kawan.

adakah bile tak puas hati, boleh putuskan kawan?
adakah bile bengang, boleh putuskan kawan?
adakah bile tak nak lepak sesama, boleh putuskan kawan?
adakah bile kita dah byk share story bersama, boleh putuskan kawan?
adakah bile kita dah marah kat kawan, boleh putuskan kawan?

sape nak jawab tu?

kepada saudara A, aku mintak maaf bebanyak sbb dah sakitkan hati ko. walopon baru beberape bulan aku kawan ngan ko, aku rase aku dah rase keakraban kite dah. tapi, ko cepat sangat judge aku kot. kalo ko rase ni the best way, aku terpaksa terima. aku doakan ko sejahtera hendakNya.

kawan kesayangan disana, sesungguhnya, saya sangat menghargai persahabatan kita ni. sayang kat korang! T_T

Tuesday, June 30, 2009

perLIBURan

tak salah kalo kite angan-angan..mane tau jadi kenyataan..

lihat, hasil angan-angan buah berangan saya akhirnye menjadi kenyataan.. angan-angan membawa hasil..walopon hasilnye tade lah gah sangat kan..kan..

wajah ini telah masuk majalah LIBUR bulan JULAI..mari singgah kedai mamak jual majalah lalu selak mukasurat 7..mari!! selak je..tak yah beli pon takpe kot..ok..beli la..tak salah..boleh mengisi masa sewaktu dalam komuter dan hentian bas..

MAJALAH LIBUR JULAI MUKASURAT 7
(mesti bold supaya rakyat kampung boleh mendengar!)

ok..tak nak selak pon takpe..nanti saya attach dalam sini. maaf kepoh sikit. suka hati ni. lalu mahu gelak- hahahhahahha..ok. cukup. nanti org kata saye macam bagus.

ini sebenarnya adalah sedikit sebanyak kepilan gambar tangkapan oleh encik meor, wartawan majalah Libur.. menampilkan para peserta program Sahabat Zoom! Malaysia-Perlis yang terdiri dari kalangan wartawan media, stesen RTM, pembaca bertuah Libur, dan kakitangan Tourism Malaysia (saya la tu!) menerokai keunikan yang terdapat di serata negeri Perlis. (ayat mesti serius!)

nanti lah saya post masuk kan gambar. sementara itu, anda boleh singgah kekedai buku berhampiran dan selak mukasurat 7 majalah Libur- Julai (sengaja ulang byk kali *_*)

Friday, June 19, 2009

Tag men Tag

ditag oleh dia!

1) What is the most important thing in your life?

why 'is'? kalo 'are' tak leh ke?
ok..jawapan ialah the shahirs

2) What is the last thing that you bought with your own money?

DKNY Be Delicious-Fresh Blossom..uuu yeahh...

3) Where do you wish to get married?

Masjid Negara for nikah..n bukit rahman putra for kenduri..ahaha..jemput datang kawan-kawan!

4) How old do you think you will be permanently owned by your love?

Hingga hujung nyawa..

5) Are you in love?

ha'ah

6) Name the latest book that you read?

ermm..none..

7)What is your full name?

Emiriah Arab Bersatu

8) Do you prefer your mother or father depends...

I am spoiled by both..

9) Name a person that you really wish to meet in real life for the first time.

Tun Mahathir..dan ajak minum teh tarik kat Maju ahmad..

10) Christina or Britney?

Tak kenal..sory..

11) Do you do your own laundry?

no..mom's..

12) The most exciting place you want to go?

Bandung lagi.. entah kenapa..

13)Hugs or kisses?

Both. please!

14) Point out 5 things about the person who tagged you.

Akmal Faseha budak muar, bekas roomate, bodylicious, mate sepet n pandai masak megi..

15) 8 things I am passionate about:

1. sleep
2. air manis
3. baju kebaya
4. shoes
5. megasales
6. travel
7. nasi kerabu alor gajah
8. diet (so tense! urhh)

16) 8 things I say too often:

1. chhhitt..
2. vavi laaa!
3. perlu ke??
4. tak payah kot??
5. siiiiiott..
6. hahahhahahahha
7. cilakakk..
8. oraaiittt..

17) books I’ve read recently:

brape kali nak tanye daa? tak de aku kate..

18) songs I could listen to over and over again:

Eternal Flames- The Bangles
Superwomen - Alicia Keys

19) 8 things I learned last year:

1. i love him more
2. susah nak dapat kerje
3. emylia susah nak kurus
4. seronok belajar kat uitm shah alam
5. pandai duduk rumah sewa..masak dan berdikari..(hahhaaha)
6. belajar memandu kereta (masih belajar..)
7. do make-up
8. speak japanese.. n failed

20)10 people that I love to tag

no one! hahaha..

sekian, tamat.

Tuesday, June 16, 2009

Si Tipu Menipu

Tadi saya menunggu komuter untuk pulang. ye, naik komuter saje.sebab nak bawak kete masih takot.jam kat platfom kate tren sampai kul 6.06petang. ok,fine. rehat sebentar diatas bangku besi bontot tak muat.

sampai tren pada 6.12petang.ye, memang tak menepati masa.saya berikan nama kepada komuter dengan nama 'si mungkir janji'.

kedek-kedek tren sampai.. saya dengan deras mengenalpasti pintu tren dan berdiri didepan pintu dengan pantas. tetapi cuma nampak belakang orang ramai dan punggung saja. ye..gagal nampaknya untuk menaiki tren tersebut. pintu tertutup dengan kedek-kedek juga. sungguh pasrah. gudbai 'si mungkir janji'..

kakak komuter buat announcement lagi. ''tren seterusnya ke rawang mengalami kelewatan selama 40 menet.tren kini berada di xxxx(tak dengar dah)'' ye, vavi gile.

trus duduk atas bangku besi bontot tak muat. pasrah.

tiba-tiba seorang makcik datang merapati saya.mulut seperti mengomel-gomel."bercakap dengan aku kah?"tanya saya dlm hati..trus saya buka earfon menghormati kakak terbabit lalu mendengar butir bicara darinya.. ye, memang sedang bercakap dengan saya.

makcik: adik, keje kat mane? pwtc eh?
saya: haa..ha'aa..pwtc..(cemane ko tau? macam penah tgk jek makcik ni la..)
makcik: ni ha..akak pnye kad atm kne telan.tadi akak dr kl sentral.nak cucuk duit,kene telan pulak..esok-esok boleh dapat balik tak?
saya:aaa..boleh jek mcik,mkcik dah call nombor yg kat atm tu?ade tulis kat atm..takde masalah mcik, boleh jek dapat kad tu..
makcik:ooo..adik keje bank ke?ke bukan bank?
saya:saye taa....
makcik: (trus mencelah..) ni ha dik, akak nak mintak tolong ni, nak mintak rm5..boleh la dik..akak takde duit ni..kene telan atm tadi..boleh lah dik ye?

(shit..saya baru perasan makcik ni ialah makcik yg penah pau saya dulu.ye...makcik ini lah! kompem!shit gile la ko ni makcik!)

maseh kontrol emosi lagi..

saya:hishhh..tak dapat la mcik..ngam2 jek saya ade nak bayar duit teksi kang! (dlm hati memaki beliau) gaji tade nih..tak masuk lagi..
makcik: bile ye masuk?
saya: nanti2 masuk la..
makcik: ok, takpe la dik
saya: @#$%^&*

najis la ko ni makcik..ye,die ni saya cam sangat.ade satu aritu dalam komuter,die jugak ni..buat bende yg same.tapi die kate wallet die tercicir pastu tiket komuter hilang..n nak mintak tolong bagi die rm5.. time tu dah nak kasik dah..tapi lain macam jek makcik tu jadi tak kasi..last2 amek ko.. die turun kl sentral sambil pegang tiket!! gile babi punye penipu!
modus operandi tetap sama.buat kisah klasik, kasik cerita sedeyy punye, pastu mintak rm5!! wtf!!

tadi saya nampak lepas die tak dapat hasil tipuan dari saya, die pegi kat org lain pulak. tak dapat jugak, die berenti kat sebelah pompuan lain plak. naseb baik takde yang kasik. saya memang perhatikan je die tadi. dan semua nya pompuan.jadi mangsa dia adelah pompuan. anda pengguna komuter dan dimana-mana saja disana hati-hati sama makcik ini.

makcik ni tak selekeh pon.pakai agak grand gak.siap ade gelang emas n rantai emas. dan tadi die pakai legging ok! die pakai tudung..with huge bag! style jugak la..tak compang-camping pon. so memang tak dapat nak tahu niat die. blakon memang baekk punye..buat muke sedey.tapi die tak pandang muke kite.die pandang lain. kompem2 jek body language die dah bitau die tu menipu! memang cilaka la ko ni makcik! sekali lagi saye nampak die, saya bawak die jumpe polis! saya pasi die pasti akan datang lagi nexwik! pasti!!

makcik, ko memang cilaka!

p/s: akibat kelewatan tren, saya tibe dirumah jam 8malam.terima kasih 'si mungkir janji'!

Friday, June 12, 2009

Kucar Kacir


inilah keadaan laptop saya.skrin telah pecah.cuma nampak separuh.membuatkan saya bermalasan sahaja mengupdate blog.dengan penuh tabah cuba juga update blog.berikan wang untuk dibaiki.

Wednesday, May 27, 2009

Budak ni memang nak kena nihh!!

memang ni! melampau sangat budak ni ha! rase macam nak cubit2 tanpa belas kasihan! lihat ape yang die dah buat pada perasaan saye!!

lihat!!!


video


sungguh sungguh la budak ni!
sangat busuk jek gerakan beliau!
hishhh!
jauh kan beliau dari saya!
tak tahan melihat nya!
terganggu emosi saya!
anak sapaa la nii??

*
*
*
*
*
*
*

p/s: kanak-kanak ini meniru aksi wonder girl-grup pop dr korea yang glamer agaknye.kalo tak takkan budak ni terpengaruh benooo kan? yg 5 awek joget2 blakang budak tu dipercayai anggota asal grup tersebut..dan budak kecik tu pasti ade memasang niat untuk menyertai grup pop tersebut tapi apekan daya, cenonit lagi! anda peonton, jgn sesekali tiru aksi tersebut..huduh nanti!awass!

Tuesday, May 19, 2009

haha itu apa?

HAHA.. itu ketawa ke?

tapi saya ketawa berbunyi "kahkahkhahkahh-ahhh-ahh-ahh-ahh..." sambil bahu bergegar. Ye, boleh ejek.

bukan nak cerita pasal ketawa.

cuma nak kate,

trip ke PERLIS jumaat haritu seronok!! ye! SERONOK dan saya ber kahkahkhahkahh-ahhh-ahh-ahh-ahh...maksodnya GEMBIRA!

tak mahu bercerita sekarang. Tunggu nanti. Skrin laptop nmpak sebelah sahaja. Jadi berasa tensen pabila tak nampak sisi skrin kanan.

itu tidak gembira dan tiada HAHA..atau kahkahkhahkahh-ahhh-ahh-ahh-ahh.